Friday, November 29, 2013

WHY ?

Pernah tak rasa macam tak ada sesiapa pun sayang kan kita?

Tapi ingatlah tak semua orang bencikan kita, tanpa kita sedari ada seseorang yang betul care and sayang sangat pasal kita. sometimes tak nak tunjuk . mungkin nak diri kita ini lebih faham kalau suatu hari nanti dia tiada lagi disisi kita. 

Aku akui kelemahan aku nie banyak sangat. Tak akan ada insan yang sanggup menerima kelemahan aku sebab aku sendiri tak mampu untuk ubah kelemahan aku. Adakah normal kalau seorang perempuan tu merajuk then nak manja-manja kena pujuk. Padahal bukan benda yang serius sangat pun just ada sudut dalam hati perempuan ni yang nak sangat rasa laki tu pujuk dia dengan sungguh-sungguh. 

Kalau sekali je laki tu pujuk dia dengan sungguh-sungguh, nescaya perempuan tu akan ingat sampai bila-bila. Geli hati je bila nak merajuk pulak sebab ingatkan cara laki tu pujuk dia <3 p="">

So, kalau tak ada orang nak pujuk hati ni, biar dia elok sendiri. Hanya Allah yang tahu apa yang ada dalam hati aku sekarang. Aku cuma boleh gambarkan dah tak ada tempat lagi untuk letak plaster sebab luka yang aku dapat kerana insan bernama ? .

Biarpun rasa sunyi tanpa seseorang disisi kita, ingatlah Allah SWT sentiasa mendengar rintihan kita, Mohonlah kepada-Nya :D

 

Monday, November 25, 2013

It's November

" Sejak dari bulan August sampai sekarang dah masuk empat bulan kau pergi meninggalkan aku tanpa rasa serba salah pun dalam diri kau kan? Patut la selama kita bersama bila aku cakap pasal kahwin je kau langsung taknak bincang pasal ni,. and now I know the reason why you don't want to talk about it. "

Perlu ke aku percaya dengan cinta lagi lepas ni? dah banyak kali aku kecewa dengan cinta. Aq cuba untuk menyayangi seseorang yang kata cintakan aku tapi bila hati aku dah mula menyayangi seseorang tu, dia pulak yang pergi tinggalkan aku tanpa mengakhiri hubungan ini. Am I look so stupid? Dah kena banyak kali pun still tak reti nak bezakan yang mana insan yang betul-betul sayangkan aku.

Kadang-kadang aku fikir Allah SWT itu tak adil dengan aku. Tapi sesungguhnya Allah SWT itu adalah perancang yang terbaik untuk kita semua. Aku sedar apa yang berlaku ke atas diri aku ini semua adalah ujian untuk aku jadi lebih kuat dan tabah untuk hadapi masa depan aku. Aku tahu pasti ada hikmah disebalik semua nie. Walaupun dia pergi meninggalkan aku tapi aku tetap mendoakan yang terbaik untuknya agar dia lebih bahagia dengan pilihan dia. 




Kepada kaum adam di luar sana :
Saya cuma minta untuk anda semua jangan sesekali sakitkan hati kaum hawa. Hati mereka sebenarnya sangat lembut. Sekali tercalar memang susah untuk baik tapi mereka semua adalah ciptaan Allah SWT yang sangat indah untuk anda semua. Jagalah mereka, peliharalah mereka, dan ikhlaskan hati untuk menikahi mereka sebelum rapat dengan mereka. 

Sekian dari saya ~ Love never End until Jannah <3 br="">