Friday, November 29, 2013

WHY ?

Pernah tak rasa macam tak ada sesiapa pun sayang kan kita?

Tapi ingatlah tak semua orang bencikan kita, tanpa kita sedari ada seseorang yang betul care and sayang sangat pasal kita. sometimes tak nak tunjuk . mungkin nak diri kita ini lebih faham kalau suatu hari nanti dia tiada lagi disisi kita. 

Aku akui kelemahan aku nie banyak sangat. Tak akan ada insan yang sanggup menerima kelemahan aku sebab aku sendiri tak mampu untuk ubah kelemahan aku. Adakah normal kalau seorang perempuan tu merajuk then nak manja-manja kena pujuk. Padahal bukan benda yang serius sangat pun just ada sudut dalam hati perempuan ni yang nak sangat rasa laki tu pujuk dia dengan sungguh-sungguh. 

Kalau sekali je laki tu pujuk dia dengan sungguh-sungguh, nescaya perempuan tu akan ingat sampai bila-bila. Geli hati je bila nak merajuk pulak sebab ingatkan cara laki tu pujuk dia <3 p="">

So, kalau tak ada orang nak pujuk hati ni, biar dia elok sendiri. Hanya Allah yang tahu apa yang ada dalam hati aku sekarang. Aku cuma boleh gambarkan dah tak ada tempat lagi untuk letak plaster sebab luka yang aku dapat kerana insan bernama ? .

Biarpun rasa sunyi tanpa seseorang disisi kita, ingatlah Allah SWT sentiasa mendengar rintihan kita, Mohonlah kepada-Nya :D

 

Monday, November 25, 2013

It's November

" Sejak dari bulan August sampai sekarang dah masuk empat bulan kau pergi meninggalkan aku tanpa rasa serba salah pun dalam diri kau kan? Patut la selama kita bersama bila aku cakap pasal kahwin je kau langsung taknak bincang pasal ni,. and now I know the reason why you don't want to talk about it. "

Perlu ke aku percaya dengan cinta lagi lepas ni? dah banyak kali aku kecewa dengan cinta. Aq cuba untuk menyayangi seseorang yang kata cintakan aku tapi bila hati aku dah mula menyayangi seseorang tu, dia pulak yang pergi tinggalkan aku tanpa mengakhiri hubungan ini. Am I look so stupid? Dah kena banyak kali pun still tak reti nak bezakan yang mana insan yang betul-betul sayangkan aku.

Kadang-kadang aku fikir Allah SWT itu tak adil dengan aku. Tapi sesungguhnya Allah SWT itu adalah perancang yang terbaik untuk kita semua. Aku sedar apa yang berlaku ke atas diri aku ini semua adalah ujian untuk aku jadi lebih kuat dan tabah untuk hadapi masa depan aku. Aku tahu pasti ada hikmah disebalik semua nie. Walaupun dia pergi meninggalkan aku tapi aku tetap mendoakan yang terbaik untuknya agar dia lebih bahagia dengan pilihan dia. 




Kepada kaum adam di luar sana :
Saya cuma minta untuk anda semua jangan sesekali sakitkan hati kaum hawa. Hati mereka sebenarnya sangat lembut. Sekali tercalar memang susah untuk baik tapi mereka semua adalah ciptaan Allah SWT yang sangat indah untuk anda semua. Jagalah mereka, peliharalah mereka, dan ikhlaskan hati untuk menikahi mereka sebelum rapat dengan mereka. 

Sekian dari saya ~ Love never End until Jannah <3 br="">

Wednesday, June 12, 2013

Lara Hati

hey semua, dah lama tak update blog kn..first sekali nak minta maaf kepada pembaca setia blog saya....yeah !! Im feeling so tired this month.. I actually feel so frustrated sangat petang ni. nak tahu kenapa?

I try to be the best,cutest,smart,happy girlfriend for him. but I cant do it. I've done everything for him but I dont know what is my mistake. wah nak speaking plak petang-petang ni kan.. hehe :) 
sedih macam mana pown aku tak ada la nak tunjuk kat public sngat..kat facebook ke instagram ke twitter ke..Aq post kat blog je sbb aq tau tak ramai pown yang view my blog ni. 

Mungkin sebab aku terlalu caring sampai dia rasa menyampah dengan aku.. yes! aq memang mengaku terlebih caring but that doesnt mean annoying kn?? mungkin cara aku ni tak kena dengan mood dia.. Dah cuba untuk faham dia tapi aku GAGAL !!  

Boleh dikatakan hari-hari aku menangis sebab dia tapi aku tak nak tunujk yang aku ni lemah. Banyak kali aku cakap xnak contact, aku benci tapi tu semua kat mulut je..langsung tak maksudkan apa-apa. Hati masih sayang tapi aku tak nak dia pikir aku ni tak boleh hidup tanpa dia. Aku akan buktikan yang dia perlukan aku dalam hidup dia. Selama ni mungkin nampak aku yang terhegeh-hegeh gedik nak kat dia tapi kali ini aku akan berdiri atas kaki sendiri and no need to CRY FOR YOU ANYMORE !! 

Mungkin ada sesetengah pembaca yang kenal aku, korang tahu kan aku ni tak penah sunyi tinggal sorang2. Aq harap korang dapat doakan aku agar dapat teruskan hidup seperti biasa. I really miss my old myself :'(


Thursday, December 13, 2012

Sayangg . . .

sedihnya hati nie..tak tau la apa yang nak aku gambar kan...macam-macam dah aku rasa sekarang nie...dengan mak sakit kat rumah, final dah dekat, masalah kewangan lagi :'(
aku rasa buntu sangat..mak, kalau adik ada wat salah apa-apa, adik minta ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki.. mak, maafkan adik :(
Dalam kesedihan nie, ada jugak yang nak pujuk aku..si dia ni memang ada je time aku susah dan senang...terima kasih sayangg.. I tak tau camna nak ucapkan terima kasih dan gambarkan kesgembiraan nie.. i wish you will be my husband one day :D 

Wednesday, December 12, 2012

12 DECEMBER 2012

Nampaknya tak ada la sejarah untuk tarikh nie :( . Arrrgghhhhh!!!! igtkan bley la dapat bersama dengan somebody yang memang special dalam hidup nie tapi apa yang jadik ??? dia sibuk sangat dengan assignment..Oh!! He just leave me like i was no body to him.. try la jugak bagi hint kat FB tapi tak tau la si dia ni baca ke tak?? Agak-agak kalau dia baca apa yang dia nak buat kan?? it's okay dear...try to be more patient.. tapi sapa je la yang boleh tahu hati ini . . . . . . .

Friday, July 20, 2012

My biRthday

Hey semua :) Rasa macam best sangat dapat update balik aku punya blog nie :))

Today is my birthday :D. Orang first yang wish birthday kat aku mesti la orang yang special dalam hidup aku...Aku tau dia tak akan lupa punya birthday aku sebab dia ingat semua menda yang aku cakap so satu tarikh ja dalam setahun takkan dia tak boleh nak ingat kowt :) Thanks sangat sayang sebab sanggop tunggu aygg semalam semata-mata nak cakap call.. dia sanggup teman aku walaupown dia sakit. I really 100x appreciate that :))

Then petang tadi akak aku bagi kek secret recipe plak..thank sis :))

chocolate indulgence :D



Friday, July 13, 2012

komeDi JumaaT

Salam Jumaat kepada semua pembaca :)
Memandangkan hari ni hari jumaat aku ada satu cerita lawak nak kongsi dengan korang semua. ni kisah tentang kezen-kezen laki aku waktu diorang datang rumah aku..

Makngah : Ish!! hampa ni pi  la sembhyang jumaat..orang start khutbah dh noe..
Kezen-Kezen : La,satgi kami pi la..nak mandi sat 

Beberapa minit kemudian....

Makngah : Hampa xpi smbhyg lagi ka? orang dah azan tu..
Kezen : Kami pi la ni mak..tgk ni dok dgr khutbah kat Masjid Negara lagi..hahaha..(situasi : depan tv1 dok dgq khutbah kat tv ja)

hahahahahha,....:P
satu rumah gelak time 2..xpa la sekali-sekala diorang xnk pegi..lagipown diorang baru sampai dari kedah ja..maybe diorang penat kowt...